4th of July

Amerika membina The Great America bukan semalam atau pada 2000. Ia terbina selepas pelbagai luka, nanah dan parut di rawat di dalam dan luar. Sebuah negara kosong tanpa ketemadunan bangkit memimpin dunia dan menjadikan America Dream sebagai lagu siulan di merata dunia. Malaysia menyaksikan sejarah unik apabila dibentuk daripada kejatuhan pelbagai ketemadunan dan sejarah lampau. saya melihat sejarah negara sebagai suatu yang unik,asyik dan romantis untuk menjadi bahan bacaan dan kajian serta didebatkan. kerana bagi saya sejarah itu halus dan menusuk terutama jika disebut sejarah ketamadunan melayu. Malaysia yang wujud kini berbeza sekali suasananya berbanding sejarah ketemadunan melayu kuno. kita menyaksikan perubahan dari segi komposisi kaum dan budaya yang bercampur dan meyebar di seluruh pelusuk negara. namun, ia tidak menjadikan membantutkan pembinaan sebuah negara. tetapi, apa yang menhalang pembinaan negara bangsa?? indonesia kental dengan negara bangsa indonesia. begitu juga di Thailand. bagaimana malaysia yang berjiran ni? saya tidak berhak mempertikaikan kesetiaan setiap individu kepada negara. tapi bersediakah kita saat kesetiaan kepada negara diuji? sanggup berkorbankah kita demi negara?demi orang lain?

Comments

Popular Posts