Beauty and The Beast

Penangguhan tayang filem yang dinanti tahun 2017 iaitu Beauty and The Beast beri tamparan hebat pada penonton yang menantikan sequal dari animasi asal tahun 1992 ni. Ianya berpunca dari kenyataan producer mengenai 'Gay' pada watak sampingan dalam filem ini. Rentetan ini menjadikan pelbagai isu timbul seperti sikap FINAS yang pilih bulu, masyarakat over sensitif pada isu LGBT, etc etc yang bosan nak ditaip. metaforanya begini. Kudis yang pada asalnya kecil jika dibiarkan akan semakin menggatal dan merenyam. Lama-kelamaan ia akan melarat dari satu bahagian ke bahagian yang lain. Nampak kecik je isu LGBT ini. Bila mereka cuba dinaikkan dalam masyarakat sebagai ikon drama, filem, perniagaan dll kita bukan nak jatuhkan hukuman pada mereka. Tapi jika kita tonjolkan lagi mereka di mass media kita ni umpama menyanjung dan menerima mereka. Hormon, semulajadi atau naluri tak boleh diubah. Tapi transisi seksual tu bahaya. Pandangan aku. Tiap agama yang wujud dalam dunia ni pada asalnya melarang perkahwinan sejenis, hubungan sejenis, tukar jantina ni. tapi faktor sosial, ekonomi, geopolitik menganggap tindakan seperti ini hak asasi manusia. Hak Asasi..pandangan peribadi aku, hak asasi ni tak semua perkara boleh pakai. kita Malaysia banyak bercakap dari segi agama. Moral? Falsafah?? Sebab bab agama ramai failed..Once kau komen ada pulak bab agama masuk. prap prap kau kena bahan. so beware. Bagi isu filem B&B aku pulak rasa, yes why not nak biarkan unsur LGBT kena tapis. Every series, movie, drama, filem sekarang semua ade unsur LGBT and its sick to watch.

Comments

Popular Posts